Thursday, December 23, 2010
Tuesday, December 21, 2010
For My Dearest Friends..
Saturday, December 18, 2010
Thursday, December 16, 2010
Art-Work
Tuesday, December 7, 2010
Kisah Seram tapi Benar 2
PERAK - Tiga orang pelajar berhenti dari belajar,seorang dibuang daripada kolej dan seorang trauma
akibat gangguan yang dialami apabila menghuni sebuah rumah sewa yang agak jauh dari kolej mereka.
Pelajar yang trauma itu seringkali terasa seperti dihempap apabila tidur dan ini memberi kesan dalam
pelajarannya.
Seorang ustaz telah dipanggil untuk mengubati mereka dan menghalau 'benda' itu tetapi gagal namun mereka
tidak berputus asa lalu mencari ustaz yang lain.
Dalam proses untuk menghalau 'benda' tersebut.Berbagai rintangan terpaksa dihadapi.
Pelajar-pelajar yang menghuni rumah tersebut telah mengalami gangguan yang lebih kuat,iaitu dihempap dengan lebih kuat apabila tidur dan lembaga itu juga menunjukkan dirinya yang sebenar kepada mereka yang tidak dapat melihatnya sebelum ini - Rozaimie
Kisah Seram tapi Benar
07/12/2010 7:36 PM
PAHANG - Sebuah rumah telah disahkan berpenghuni oleh jiran-jiran terdekat mereka apabila
anak kepada tuan rumah tersebut ternampak lembaga kanak-kanak yang tidak dapat dikenalpasti di
ruang dapur rumahnya.
Kata salah seorang jiran terdekat di situ,dia memberitahu yang anak tuan rumah tersebut pada mulanya
hanya mendengar bunyi bising di dapur pada siang hari.
Tetapi terkejut apabila melihat seorang lembaga kanak-kanak menyelongkar periuk di dapurnya yang
berkemungkinan sedang lapar.
Dengan perasaan yang takut,anak tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam bilik.
Khabar angin mengatakan ini mungkin disebabkan ada "sesuatu" yang dipelihara oleh kembar ibunya.
Anak-anak kecil pemuda tersebut juga sering kali menangis tanpa sebab.
Kini rumah tersebut telah pun ditinggalkan begitu sahaja. - Rozaimie
Wednesday, November 24, 2010
Hari yang Bosan
kebosanan yang melanda aku neh..so dia ajak teman pegi bandar..cool~
ahaha (gelak sorang2)
Aku duk layan lagu Maher Zain lam kereta..tetibe "Ya Allah!!"..uish! hampir nak langgar pakcik motor..
aku dah cuak..nak bawa kereta nenek pulak tak kasi...adoi...so takpelah..aku rileks jep..da selesai
urusan sume kitorang terus balik...
,,
Sikit lagi nak sampai umah(kg aku)..tetibe dari jauh lembu melintas..atok hampir berjaya nak brek tapi..
"Mooo~" jatuh terduduk lembu tu kene langgar ngan kereta atok(perlahan jep)..takleh blah..
XD
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)
Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL....
Monday, November 15, 2010
My Animation - Final Fantasy 7
ingat..pivot animation.bukan flash animation..
CHECK IT OUT~
Wednesday, November 10, 2010
At Last..
ntah ar..aku enjoy giler kot time part 2 neh..rase mcm nk putar balik mase jep
kalo boleh..memang santai gak ar sem nie..tak tau cane nk describe feeling aku
skang neh..
XD
Saturday, October 30, 2010
Monday, September 20, 2010
yo
baru2 neh intenet laju giler seh..macam2 game aku dapat kat website neh..
cakap jep nak game per..game tape zaman2 dulu pun ade gak,,game Contra or Super Mario..n by the way..
yang fanatik RPG pun sbnarnye aku rekomen sangat2 kat korang..terutama game DS..jom ushar!
haha
Friday, July 9, 2010
Minggu pertama aku dalam grafik..
Wednesday, June 2, 2010
Can't Wait!!
Tuesday, June 1, 2010
Album Baru KRU!!
Selepas sekian lama menyenyapkan diri dari membuat album..album terakhir mereka adalah KRU 10 Di Kala Richter pada Ogos 2006(peh!lame tuhh!!)Akhirnya keluar juga album baru dari mereka iaitu album kompilasi ULTIMATUM..Apa itu ULTIMATUM??Haa..itu kita belum tahu lagi..yer?..salah satu lagu baru yg baru mereka compose adalah Yusry - Doktor Pakar Cinta..
Sunday, May 30, 2010
Magika : Mampu cetus fenomena!
SEJAK KRU Studios mengumumkan akan menerbitkan sebuah filem muzikal fantasi sekitar setahun setengah yang lalu, ramai yang menantikan penghasilannya.
Apatah lagi, filem yang diberi judul Magika itu turut mempertaruhkan nama-nama besar dan popular industri hiburan tanah air dalam mewarnai filem kelima terbitan mereka.
Pada tayangan amal filem Magika di Cathay Cineleisure, Damansara, Selangor baru-baru ini, sekali lagi KRU menunjukkan taring mereka sebagai penerbit filem yang mempunyai visi tersendiri.
Mereka membuktikan Magika berjaya dihasilkan dalam konteks filem muzikal Malaysia tanpa mengikut acuan Barat.
Hasilnya juga, selama dua jam menonton filem ini tidak ada seorang pun yang merungut kebosanan kerana perjalanan ceritanya sungguh menghiburkan!
Setiap watak mitos yang dilakonkan oleh para pelakonnya begitu menonjol dan meninggalkan kesan yang cukup besar biarpun hanya seketika.
Antara watak yang cukup menyerlah dalam filem Magika ialah Nenek Kebayan yang dijayakan dengan cukup cemerlang olehZiana Zain.
Ekspresi wajah serta penghayatan dalam menghidupkan watak tersebut memang benar-benar menjadi dan Ziana berjaya menterjemahkan watak berkenaan mengikut acuannya sendiri.
Ning Baizura juga tidak kurang hebatnya dalam membawakan watak Puteri Gunung Ledang yang lari daripada apa yang pernah digambarkan sebelum ini.
Selain watak Nenek Kebayan dan Puteri Gunung Ledang, Magika turut menampilkan watak-watak legenda lain seperti Badang yang dilakonkan oleh Mawi, Pak Pandir (Aznil Nawawi), Mahsuri (Vanidah Imran), Norman Hakim (Awang), Nabil Ahmad (Orang Minyak), Saiful Apek dan kumpulan Senario (Hang Tuah dan lima bersaudara) serta Raja Azura (Mak Andeh).
Selain itu, Maya Karin turut beraksi dalam filem ini sebagai Puteri Bunian, M. Nasir (Penunggu Tasik Chini), Sharifah Aleya (Bawang Merah), Sharifah Amani (Bawang Putih), Adibah Noor (Mak Halia) dan KRU sendiri sebagai Pokok Bersaudara.
Tidak dilupakan, dua teraju utamanya, Diana Danielle dan Fimie Don yang memegang watak sebagai adik-beradik bernama Ayu dan Malik.
Secara ringkasnya, Magika mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama Magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi.
Sewaktu berada di Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.
Percayalah, apabila Magika ditayangkan pada pertengahan tahun ini, tidak mustahil untuk filem pertama arahan Edry Abdul Halim ini mampu mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tanah air.
Sekalung tahniah dan pujian harus diberikan kepada KRU kerana terus berani menampilkan pembaharuan dan variasi kepada audiens sinema tempatan.
Memang harus diakui, Magika bukanlah sebuah filem yang sempurna kerana dalam menerbitkan sebuah filem muzikal fantasi seperti ini, masih lagi ada kekurangannya terutama aspek penceritaan.
Jika membicarakan dari segi aspek teknikal pula, masih banyak ruang yang dapat diperbaiki khususnya penataan seni, kostum mahupun tata rias.
Jika KRU berani menambahkan sedikit lagi kos penerbitannya yang sebanyak RM2 juta itu, tidak mustahil mereka mampu menjadikan Magika sebuah filem muzikal yang ekstravaganza.
Edry yang ditemui selepas tayangan filem berkenaan berkata, dia gembira dengan respons positif daripada mereka yang hadir menonton filem sulung arahannya itu.
Tetapi, kata Edry, itu bukan satu petanda untuk dia berasa puas hati kerana masih lagi banyak ruang yang harus diperbaikinya untuk menjadi seorang sutradara filem yang disegani.
Menyambung bicara, Edry tidak menafikan cabaran dan tanggungjawab yang harus dipikulnya dalam menjadikan ia sebuah filem muzikal yang mampu dinikmati sebaik-baiknya.
Sebetulnya, Magika sudah berlegar dalam kotak fikirannya hampir lima tahun lalu. Cuma, dia tidak begitu yakin untuk merealisasikannya sehinggalah diberi peluang oleh abang sulungnya, Norman.
Kata Edry, sewaktu menulis skrip dan lakon layarnya, dia sudah membayangkan pelakon yang dimahukannya dalam membawakan setiap watak dalam filem Magika.
Ini termasuklah watak fiksyen, Puteri Gunung Tahan yang sepatutnya dilakonkan oleh Datuk Siti Nurhaliza.
Cuma, rezeki tidak berpihak kepada Edry apabila Siti tidak dapat menerima tawaran tersebut atas sebab-sebab tertentu.
"Sepanjang 30 hari penggambaran, tiada masalah besar yang saya hadapi dan semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang," cerita Edry penuh semangat dan teruja saat diajak berbicara mengenai buah tangan sulungnya itu.
Magika menjalani penggambaran di beberapa buah lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti Universiti Putra Malaysia, Putrajaya, Ulu Yam dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Namun, matlamat utama Edry dalam Magika adalah untuk menjadikannya ia sebagai sebuah filem muzikal Malaysia yang kuat unsur-unsur Melayunya.
Kerana itu, dalam filem ini penonton akan dapat melihat bagaimana pantang-larang yang menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayu ditonjolkan dalam filem ini.
"Pada saya, tidak perlu untuk mencedok mahupun mengikut acuan Barat kerana apa yang kita ada sudah cukup kuat untuk menzahirkannya ke bentuk filem.
"Inilah masanya untuk kita memperkenalkan kembali budaya yang semakin hari semakin jauh ditinggalkan.
"Memang saya sengaja tonjolkan semua itu dalam filem ini sekali gus memberikan pendedahan kepada generasi muda yang mungkin tidak tahu tentang pantang-larang Melayu," jelasnya yang turut menyelitkan unsur kasih sayang dan kekeluargaan dalam filem Magika.
Pada masa yang sama, Edry juga mengakui, bukan mudah menghasilkan sebuah filem muzikal kerana perlu menitikberatkan aspek lagu.
Menerusi Magika, Edry menghasilkan 14 buah lagu baru yang mana liriknya pula terhasil daripada skrip filem berkenaan.
"Setiap lagu menepati watak dan nada suara setiap pelakon yang menyanyikan serta melakonkan watak masing-masing.
"Daripada situ, filem ini menjadi menarik kerana variasi lagu yang ditampilkan serta bentuk nyanyian masing-masing yang menghidupkan lagi babak-babak dalam Magika.
"Salah satu tujuan saya dan KRU Studios menerbitkan filem ini adalah mahu mendidik serta membuka minda masyarakat tentang genre filem muzikal yang masih lagi asing di negara ini," ujarnya sambil memberitahu album runut bunyi (soundtrack) Magika akan diedarkan tidak lama lagi.
Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana kini sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).
Anak ketiga daripada empat beradik ini juga memaklumkan dia bersedia menjadi seorang pengarah filem muzikal seandainya Magika mencatatkan kutipan pecah panggung.