Pages

Thursday, April 5, 2012

Maher Zain - 'Forgive Me' Malaysia Promo Tour


6.4.2012
8.30 am - Nasi Lemak Kopi O, TV9
10.00 am - Gua Starchat (www.gua.com.my)
12.00 pm - Wanita Hari Ini, TV3
10.00 pm - Ikim.fm

7.4.2012
8.00 am - Selamat Pagi Malaysia, TV1
9.00 pm - Mania, Astro 104

8.4.2012
10.00 am - Assalammualaikum, TVAlhijrah
3.00 pm - Meet The Fans (The Mines Shopping Mall)

Lirik Lagu Album Baru Maher Zain - Forgive Me (2012)



01. I Love You So
02. Number One For Me
03. Mawlaya
04. My Little Girl feat. Aya Zain
05. Forgive Me
06. One Big Family
07. Assalamu Alayka
08. Paradise
09. Masha Allah
10. Radhitu Billahi Rabba
11. Freedom
12. So Soon
13. Muhammad (pbuh)
14. Guide Me All the Way

Wednesday, April 4, 2012

Senarai Lagu Album Baru Maher Zain - Forgive Me (2012)



Maher Zain adalah seorang artis nasyid Islamik dan sangat terkenal dengan lagu-lagunya yang menyampaikan mesej-mesej keamanan dan harapan di seluruh dunia. Peminat-peminatnya telah menyebarkan khabar angin tentang album barunya iaitu "Forgive Me", dan baru-baru ini, senarai lagu-lagunya telah didedahkan.


Senarai Lagu "Forgive Me"


  1. I Love You So
  2. Number One For Me
  3. Mawlaya
  4. My Little Girl feat. Aya Zain
  5. Forgive Me
  6. One Big Family
  7. Assalamu Alayka
  8. Paradise
  9. Masha Allah
  10. Radhitu Billahi Rabba
  11. Freedom
  12. So Soon
  13. Muhammad (PBUH)
  14. Guide Me All The Way
"Forgive Me" akan dikeluarkan pada 2 April 2012.
Maher Zain telah menandatangani label rekod yang diberi nama Awakening Records, di mana di bawah label rekod itu juga mempunyai artis yang berpengaruh iaitu Mesut Kurtis, Raef dan Irfan Makki.

Bro : Tak sabar nak dengar lagu-lagu baru Maher Zain, coz lagu-lagu lama dia semua aku ada. Kira peminat setia gak ar, eheh. Even lagu-lagu yang features Irfan Makki (suara seperti Micheal Jackson).

Tuesday, April 3, 2012

Jom Menang Maxis dan Celcom

Saya telah pun lama menggunakan nombor Maxis iaitu selama dua tahun, semenjak dari sekolah lagi dan sekarang berada di tahun ketiga diploma. Oleh kerana setianya saya bersama Maxis, saya sentiasa mendapat berbagai reward dan bonus. Reward yang utama saya sentiasa dapat ialah dengan Reward Bonus, setiap kali topup dapat bonus dan saya pernah kumpul sehingga 5000 lebih point, sehingga saya dapat menebus sebanyak RM50. Bonus yang saya dapat ialah bonus topup, contohnya bila saya topup RM30 saya akan dapat RM15 masa berbual secara percuma. Baru-baru ini, saya ada terbaca satu post tentang giveaway dari sitiatikah.com, tentang post Giveaway : Maxis dan Celcom dan hadiahnya adalah RM10 Maxis atau RM10 Celcom. Saya tidak mengharapkan yang saya akan menang, tetapi kalau menang pun, rezeki jangan ditolak.. Ye tak? hehe

Kita Adalah Apa Yang Kita Baca

Nak Tarik Perhatian Punya Pasal


Credit to Gempak Starz

Monday, April 2, 2012

Bahaya Tidur dalam Keadaan Lampu Menyala






Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan...Wallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...