Pages

Sunday, May 30, 2010

Magika : Mampu cetus fenomena!

SEJAK KRU Studios mengumumkan akan menerbitkan sebuah filem muzikal fantasi sekitar setahun setengah yang lalu, ramai yang menantikan penghasilannya.

Apatah lagi, filem yang diberi judul Magika itu turut mempertaruhkan nama-nama besar dan popular industri hiburan tanah air dalam mewarnai filem kelima terbitan mereka.

Pada tayangan amal filem Magika di Cathay Cineleisure, Damansara, Selangor baru-baru ini, sekali lagi KRU menunjukkan taring mereka sebagai penerbit filem yang mempunyai visi tersendiri.

Mereka membuktikan Magika berjaya dihasilkan dalam konteks filem muzikal Malaysia tanpa mengikut acuan Barat.

Hasilnya juga, selama dua jam menonton filem ini tidak ada seorang pun yang merungut kebosanan kerana perjalanan ceritanya sungguh menghiburkan!

Setiap watak mitos yang dilakonkan oleh para pelakonnya begitu menonjol dan meninggalkan kesan yang cukup besar biarpun hanya seketika.

Antara watak yang cukup menyerlah dalam filem Magika ialah Nenek Kebayan yang dijayakan dengan cukup cemerlang olehZiana Zain.

Ekspresi wajah serta penghayatan dalam menghidupkan watak tersebut memang benar-benar menjadi dan Ziana berjaya menterjemahkan watak berkenaan mengikut acuannya sendiri.

Ning Baizura juga tidak kurang hebatnya dalam membawakan watak Puteri Gunung Ledang yang lari daripada apa yang pernah digambarkan sebelum ini.

Selain watak Nenek Kebayan dan Puteri Gunung Ledang, Magika turut menampilkan watak-watak legenda lain seperti Badang yang dilakonkan oleh Mawi, Pak Pandir (Aznil Nawawi), Mahsuri (Vanidah Imran), Norman Hakim (Awang), Nabil Ahmad (Orang Minyak), Saiful Apek dan kumpulan Senario (Hang Tuah dan lima bersaudara) serta Raja Azura (Mak Andeh).

Selain itu, Maya Karin turut beraksi dalam filem ini sebagai Puteri Bunian, M. Nasir (Penunggu Tasik Chini), Sharifah Aleya (Bawang Merah), Sharifah Amani (Bawang Putih), Adibah Noor (Mak Halia) dan KRU sendiri sebagai Pokok Bersaudara.

Tidak dilupakan, dua teraju utamanya, Diana Danielle dan Fimie Don yang memegang watak sebagai adik-beradik bernama Ayu dan Malik.

Secara ringkasnya, Magika mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama Magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi.

Sewaktu berada di Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.

Percayalah, apabila Magika ditayangkan pada pertengahan tahun ini, tidak mustahil untuk filem pertama arahan Edry Abdul Halim ini mampu mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tanah air.

Sekalung tahniah dan pujian harus diberikan kepada KRU kerana terus berani menampilkan pembaharuan dan variasi kepada audiens sinema tempatan.

Memang harus diakui, Magika bukanlah sebuah filem yang sempurna kerana dalam menerbitkan sebuah filem muzikal fantasi seperti ini, masih lagi ada kekurangannya terutama aspek penceritaan.

Jika membicarakan dari segi aspek teknikal pula, masih banyak ruang yang dapat diperbaiki khususnya penataan seni, kostum mahupun tata rias.

Jika KRU berani menambahkan sedikit lagi kos penerbitannya yang sebanyak RM2 juta itu, tidak mustahil mereka mampu menjadikan Magika sebuah filem muzikal yang ekstravaganza.

Edry yang ditemui selepas tayangan filem berkenaan berkata, dia gembira dengan respons positif daripada mereka yang hadir menonton filem sulung arahannya itu.

Tetapi, kata Edry, itu bukan satu petanda untuk dia berasa puas hati kerana masih lagi banyak ruang yang harus diperbaikinya untuk menjadi seorang sutradara filem yang disegani.

Menyambung bicara, Edry tidak menafikan cabaran dan tanggungjawab yang harus dipikulnya dalam menjadikan ia sebuah filem muzikal yang mampu dinikmati sebaik-baiknya.

Sebetulnya, Magika sudah berlegar dalam kotak fikirannya hampir lima tahun lalu. Cuma, dia tidak begitu yakin untuk merealisasikannya sehinggalah diberi peluang oleh abang sulungnya, Norman.

Kata Edry, sewaktu menulis skrip dan lakon layarnya, dia sudah membayangkan pelakon yang dimahukannya dalam membawakan setiap watak dalam filem Magika.

Ini termasuklah watak fiksyen, Puteri Gunung Tahan yang sepatutnya dilakonkan oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Cuma, rezeki tidak berpihak kepada Edry apabila Siti tidak dapat menerima tawaran tersebut atas sebab-sebab tertentu.

"Sepanjang 30 hari penggambaran, tiada masalah besar yang saya hadapi dan semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang," cerita Edry penuh semangat dan teruja saat diajak berbicara mengenai buah tangan sulungnya itu.

Magika menjalani penggambaran di beberapa buah lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti Universiti Putra Malaysia, Putrajaya, Ulu Yam dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Namun, matlamat utama Edry dalam Magika adalah untuk menjadikannya ia sebagai sebuah filem muzikal Malaysia yang kuat unsur-unsur Melayunya.

Kerana itu, dalam filem ini penonton akan dapat melihat bagaimana pantang-larang yang menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayu ditonjolkan dalam filem ini.

"Pada saya, tidak perlu untuk mencedok mahupun mengikut acuan Barat kerana apa yang kita ada sudah cukup kuat untuk menzahirkannya ke bentuk filem.

"Inilah masanya untuk kita memperkenalkan kembali budaya yang semakin hari semakin jauh ditinggalkan.

"Memang saya sengaja tonjolkan semua itu dalam filem ini sekali gus memberikan pendedahan kepada generasi muda yang mungkin tidak tahu tentang pantang-larang Melayu," jelasnya yang turut menyelitkan unsur kasih sayang dan kekeluargaan dalam filem Magika.

Pada masa yang sama, Edry juga mengakui, bukan mudah menghasilkan sebuah filem muzikal kerana perlu menitikberatkan aspek lagu.

Menerusi Magika, Edry menghasilkan 14 buah lagu baru yang mana liriknya pula terhasil daripada skrip filem berkenaan.

"Setiap lagu menepati watak dan nada suara setiap pelakon yang menyanyikan serta melakonkan watak masing-masing.

"Daripada situ, filem ini menjadi menarik kerana variasi lagu yang ditampilkan serta bentuk nyanyian masing-masing yang menghidupkan lagi babak-babak dalam Magika.

"Salah satu tujuan saya dan KRU Studios menerbitkan filem ini adalah mahu mendidik serta membuka minda masyarakat tentang genre filem muzikal yang masih lagi asing di negara ini," ujarnya sambil memberitahu album runut bunyi (soundtrack) Magika akan diedarkan tidak lama lagi.

Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana kini sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).

Anak ketiga daripada empat beradik ini juga memaklumkan dia bersedia menjadi seorang pengarah filem muzikal seandainya Magika mencatatkan kutipan pecah panggung.

Saturday, May 29, 2010

FREEDOM~

parents aku baru bertolak pegi Terengganu pagi tadi..u know what?aku takleh nak stop smiling n feeling at ease buat maser nie!!haha..dapat gak aku pasang radio kuat2(full volume),jiran bising?taklah..diorang senyap je..tanda memahami arr tu..hak2..!!akhirnya dapat gak aku online puas2 kat ruang tamu neh..siap ngan air-cond agi..pehh..duk kat bilik raser cam duk lam oven..ahaha..petang tadi aku siap pegi jejalan agi pegi Mydin jap..ehh?buku per tuhh..??

slepas sekian lame..barulah aku dapat merasa bace Gempak..kalau beli kat uitm sana..biler aku taruk atas meja jep..puff!!

HILANG????

grr..dar brapa kali dah aku beli gempak,satu pun tak slamat..aiseh..

balik2 tuh pun cam beser arr..psang dvd Masked Rider Kabuto.."Cast-Off"..memang
aku takley lupakan trademark tue..hehe..


Tapi nak kene abiskan cepat2 ar tgk dvd nie..tuan dier da bising da tue..
XD

Thursday, May 27, 2010

Mencari Ketenangan..

Bulan nie memang antara bulan paling best dan paling tak best pnah aku alami..yang best nyer coz aku dar boleh rileks dari buat assigment yg non-stop tuh ngan maen PS3 kat umah kawan baek aku..Akira the Darkness(darkness ker?haha..jgn mara bro)..and boleh berhibernasi selame mane aku nak..tapi yang tak best coz aku da ar baru putus ngan awek aku..tak dapat nak jadi mat jiwang lagi dah..asbestos tul..satu agi coz aku rase cuti nie mcam tak terisi ngan bende2 berfaedah lohh..nak apply keje..dapat..tapi parents plak tak kasi coz jauh..yg dekat2 pulak tade kekosongan..grr..so terpaksalah aku melangut sorang2 kat bilik nie tanpa menyedari masa berlalu dengan pantas..
nak lepak rase2 bosan dar,member pun da bosan da kot asyik muka aku jek..haha..
So dengan rasminya aku membuat keputusan untuk balik ke kampung bulan Jun nie..dengan hajat untuk mencari "peace,mind and soul"..yeeehaa!!!
and pada mase yang same dapat gak aku mencari rezeki kat sana,belajar masak dengan nenek,lepak2 dengan saudara..


Nie aku dengan baju kerja aku bulan disember lepas aku amik gambar..




Nie lak gambar sedara aku..dier skarang baru form 4 dan menetap di
Mentakab,Pahang..(tempat lahir aku tuh..haha..)

Job : GrassHunter
Level : 98
(nie ar wa punya keja..hehe)

Tuesday, May 25, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...